MDOL UnitedApa itu MDOLAhli Panel MDOL Artikel Dan Q&AHubungi Ahli PanelRakan MDOLHubungi Kami

 


fffffj

g

[Inginkan perniagaan anda disenaraikan di sini? Hubungi kami]



























Ada banyak maklumat keusahawanan internet, kekeluargaan dan sebagainya yang boleh dikongsi. Kami ada ahli-ahli panel yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menjawab kemuskilan anda! Jom sertai komuniti MDOL

Artikel terkini:
Anak Saya Kurang Berminat Buat Homework
Teknologi Untuk Kemudahan Bukan Kemudharatan

Yayasan Nurhikmah Rumah Aman


PROFILE BULAN INI

IDA MASLINA SI MUFFINS MONSTER

Di sebalik Muffins Monster berdirinya seorang usahawan wanita, Ida Maslina, yang mempunyai 2 anak dan menjalankan perniagaan muffin secara online dari rumah. Pada mulanya, saya hanya menyediakan muffin untuk keluarga sahaja, tetapi atas cadangan adik saya telah mencuba untuk memasarkan produk saya melalui internet.


Pakar ICT, Selesa Bekerja dari Rumah

Nasir Sobri yang menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang selesa bekerja secara santai samada dari rumah, pejabat atau mana-mana sahaja. Beliau berpengalaman mempraktikkan 'teleworking' (kerja melalui talian) ini selama lebih 15 tahun dan sering dijemput ke serata negara untuk mengkongsikan pengalaman dan hasil penyelidikan.


Keluarga Pembakar Semangat
Mempunyai syarikat yang menjurus kepada bidang latihan dan ceramah berkaitan dengan “Networking Skills” khusus kepada usahawan wanita,
FaceToFace Technology terus mengorak  langkah dan menjadikan Sharifah Raudah tidak menoleh kebelakang.  Walau hanya berpejabat di rumah, Sharifah Raudah mempunyai jadual kerja yang amat padat. 












APA KATA MEREKA
Teleworking: Majikan Harus Terbuka

Masyarakat Malaysia terutamanya majikan, sepatutnya sudah berfikiran terbuka dengan memberi peluang kepada pekerja mereka untuk melakukan teleworking. Selain dari menjimatkan masa, majikan juga boleh mengurangkan kos ruang & peralatan pejabat selain dari kos-kos lain yang berkaitan. Memberi peluang kepada pekerja melakukan teleworking sebenarnya secara tidak langsung memberi nilai-tambah produktiviti & kehidupan pekerja. Kita di Malaysia sepatutnya mencuba kaedah ini! Syabas untuk komuniti MDOL
Group Executive Chairman of
Securiforce Group of Companies


Wanita & Teknologi

Pembabitan wanita dalam bidang teknologi maklumat boleh memberi impak yamg amat mendalam institusi keluarga di negara kita. Jika negara menghadapi banyak masalah sosial yang berpunca dari kepincangan institusi ini, wanita boleh memainkan peranan untuk mengecilkan skop permasalahan. Kemudahan teknologi boleh diambil kira untuk memulakan langkah positif ini. Bekerja secara online dari rumah adalah satu langkah yang boleh dipertimbangkan.

Pengacara 'Apa Kata Wanita' TV1 





















Keseimbangan Hidup
Bekerja dari rumah atau melakukan teleworking adalah sesuatu yang lumrah di Barat, malah  masyarakat di sana sudah menjadikkannya sebagai budaya kerja mereka. Saya melihat pendekatan ini amat baik sekali kerana ia memberi keseimbangan terhadap sistem korporat dan sistem kekeluargaan. Ini adalah nilai-nilai hidup yang tidak dapat dijual beli dalam memberi kepuasan kepada tahap produktiviti pekerja. Secara peribadi saya amat menyokong komuniti MDOL ini kerana, ia boleh dijadikan sebagai asas untuk membentuk sebuah komuniti yang berkualiti tanpa meminggirkan aspek kerjaya dan keluarga. -Moderator-






Daftar Sebagai Ahli MDOL United
E-mel:




 
 
 
|MDOL United| |Apa itu MDOL| |Ahli Panel MDOL | |Artikel Dan Q&A| |Hubungi Ahli Panel| |Rakan MDOL| |Hubungi Kami|


Copyrights 2009 MDOL United